Sesungguhnya orang-orang miskin mempunyai pemerintahan

TEKS BAHASA ARAB

إن للمساكين دولة، قيل: وما دولتهم؟! قال: إذا كان يوم القيامة؛ قيل لهم: انظروا؛ من أطعمكم في الله لقمة، وكساكم ثوبا، أو سقاكم شربة ماء، فأدخلوه الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang-orang miskin mempunyai pemerintahan. Baginda ditanya: Apakah pemerintahan mereka?! Baginda menjawab: Apabila berada di hari kiamat, dikatakan kepada mereka: Lihatlah! Sesiapa yang memberi kamu makan satu suapan kerana Allah, memakaikan kamu pakaian, dan memberi kamu minum air, maka masukkanlah dia ke dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1377, hadis nombor 7010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن للمساكين دولة، قيل: وما دولتهم؟! قال: إذا كان يوم القيامة؛ قيل لهم: انظروا؛ من أطعمكم في الله لقمة، وكساكم ثوبا، أو سقاكم شربة ماء، فأدخلوه الجنة.
[عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6284)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya orang-orang miskin mempunyai pemerintahan. Baginda ditanya: Apakah pemerintahan mereka?! Baginda menjawab: Apabila berada di hari kiamat, dikatakan kepada mereka: Lihatlah! Sesiapa yang memberi kamu makan satu suapan kerana Allah, memakaikan kamu pakaian, dan memberi kamu minum air, maka masukkanlah dia ke dalam syurga.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6284]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs