Sesungguhnya orang mukmin jika dia menunaikan solat fardu

TEKS BAHASA ARAB

إن المؤمن إذا صلى الفريضة في الجماعة تناثرت عنه الذنوب كما تحات هذا الورق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang mukmin jika dia menunaikan solat fardu secara berjemaah, maka dosanya akan gugur sepertimana gugurnya daun ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حديث رتني، وكذا «من صلى الفجر في جماعة فكأنما حج خمسين حجة مع آدم».

Hadith rekaan Ratan al-Hindi.
Begitu juga dengan hadith:
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah seakan-akan dia menunaikan haji lima puluh kali bersama Nabi Adam.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs