Sesungguhnya orang lelaki itu berterusan berbual dengan wanita sehingga keluar air mazi antara kedua pahanya

TEKS BAHASA ARAB

كان فيما أخذ لما بايع النساء : ألا تحدثن الرجال إلا أن تكون ذات محرم فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Baginda SAW mengambil baiah golongan wanita, baginda SAW telah bersabda: Janganlah kamu berbual-bual dengan orang lelaki, melainkan mahram bagi kamu. Sesungguhnya orang lelaki itu berterusan berbual dengan wanita sehingga keluar air mazi antara kedua pahanya (dari kemaluannya).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 130, hadis nombor 658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن قال: كان فيما أخذ لما بايع النساء: ألا تحدثن الرجال إلا أن تكون ذات محرم فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه. [ابن أبي حاتم، الضعيفة (6058)]

(Munkar) Daripada al-Ḥasan, beliau telah berkata: Ketika Baginda SAW mengambil baiah golongan wanita, baginda SAW telah bersabda: Janganlah kamu berbual-bual dengan orang lelaki, melainkan mahram bagi kamu. Sesungguhnya orang lelaki itu berterusan berbual dengan wanita sehingga keluar air mazi antara kedua pahanya (dari kemaluannya). [Diriwayatkan oleh Ibn Abī Ḥātim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6058)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs