Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ فيما أخذَ لمَّا بايعَ النِّساءَ : ألَّا تحدِّثنَ الرِّجالَ ، إلَّا أن تكونَ ذاتَ مَحرَمٍ ؛ فإن الرَّجلَ لا يزالُ يُحدِّثُ المرأةَ حتَّى يُمذي بينَ فخِذَيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Baginda SAW mengambil baiah golongan wanita, baginda SAW telah bersabda: Janganlah kamu berbual-bual dengan orang lelaki, melainkan mahram bagi kamu. Sesungguhnya orang lelaki itu berterusan berbual dengan wanita sehingga keluar air mazi antara kedua pahanya (dari kemaluannya).
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 130, hadis no. 658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن قال: كان فيما أخذ لما بايع النساء: ألا تحدثن الرجال إلا أن تكون ذات محرم فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه. [ابن أبي حاتم، الضعيفة (6058)]
(Munkar) Daripada al-Ḥasan, beliau telah berkata: Ketika Baginda SAW mengambil baiah golongan wanita, baginda SAW telah bersabda: Janganlah kamu berbual-bual dengan orang lelaki, melainkan mahram bagi kamu. Sesungguhnya orang lelaki itu berterusan berbual dengan wanita sehingga keluar air mazi antara kedua pahanya (dari kemaluannya). [Riwayat Ibn Abī Ḥātim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6058)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman