Sesungguhnya orang kulit hitam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنّما الأَسْوَدُ لِبَطْنِهِ وفَرْجِهِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang kulit hitam itu (hidupnya) kerana perutnya dan kemaluannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 23, hadis nombor 107. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Moga Allah memburukkan pereka hadis ini. Rasulullah saw manusia yang paling sempurna akhlak dan paling mulia akhlak tidak berkata-kata dengan sesuatu yang mengandungi celaan kepada perasaan manusia terutama kita melihat pada bangsa Sudan terdapat mereka yang lebih mulia daripada orang kulit putih. Oleh kerana itu, ulama hadis mengatakan juga: Sesungguhnya hadis ini palsu. Di samping itu, penulis (al-Suyuti) bawakan juga hadis ini dengan menganggap ia sabit (dari Nabi).

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon