Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنّما الأَسْوَدُ لِبَطْنِهِ وفَرْجِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya orang kulit hitam itu (hidupnya) kerana perutnya dan kemaluannya.
Sahabat Perawi
- Umm Aiman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 23, hadis no. 107. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Moga Allah memburukkan pereka hadis ini. Rasulullah saw manusia yang paling sempurna akhlak dan paling mulia akhlak tidak berkata-kata dengan sesuatu yang mengandungi celaan kepada perasaan manusia terutama kita melihat pada bangsa Sudan terdapat mereka yang lebih mulia daripada orang kulit putih. Oleh kerana itu, ulama hadis mengatakan juga: Sesungguhnya hadis ini palsu. Di samping itu, penulis (al-Suyuti) bawakan juga hadis ini dengan menganggap ia sabit (dari Nabi).
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman