Sesungguhnya orang kafir akan menarik lidahnya pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الكافر ليجر لسانه يوم القيامة فرسخين يتوطأه الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang kafir akan menarik lidahnya pada hari kiamat sejauh dua farsakh (kilometer) yang akan dipijak oleh manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1315, hadis nombor 6715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: إن الكافر ليجر لسانه يوم القيامة فرسخين يتوطأه الناس.
[ت، حم، خط، ابن أبي الدنيا في ((كتاب الأهوال))، ((الضعيفة)) (١٩٨٦)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya orang kafir akan menarik lidahnya pada hari kiamat sejauh dua farsakh (kilometer) yang akan dipijak oleh manusia.
[Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dalam al-Musnad, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Abi al-Dunya dalam Kitab al-Ahwal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1986].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.