Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya orang ‘ajam (bukan arab) atau musuh tidak akan membantu aku

Teks Bahasa Arab

إن العَجَمَ – أو العَدوَّ – لا ينصروني على قومٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya orang ‘ajam (bukan arab) atau musuh tidak akan membantu aku mengalahkan kaum yang memerangi aku.

Sahabat Perawi

  1. Maslamah bin Muharib al-Ziyadi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1926, hadis no. 9666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن مسلمة بن محارب الزيادي عن أبيه أن معاوية كتب إلى زياد: سمعت رسول الله ﷺ يقول: إن العجم – أو العَدو – لا ينصروني على قوم. [تخ، -معلقاً-، ((الضعيفة)) (6325)]

(Munkar) Daripada Maslamah bin Muharib al-Ziyadi daripada bapa beliau bahawa Mu’awiyah menulis surat kepada Ziyad: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang ‘ajam (bukan arab) atau musuh tidak akan membantu aku mengalahkan kaum yang memerangi aku. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir secara Muʿalaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6325]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.