Sesungguhnya orang Ajam atau musuh tidak akan membantu aku mengalahkan sesuatu kaum

TEKS BAHASA ARAB

إن العجم أو العدوّ لا ينصروني على قوم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang Ajam atau musuh tidak akan membantu aku mengalahkan sesuatu kaum.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1021, hadis nombor 5248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن مسلمة بن محارب الزيادي أن معاوية كتب إلى زياد: سمعت النبي ﷺ يقول: إن العجم أو العدوّ لا ينصروني على قوم. [تخ, الضعيفة (6325)]

(Munkar) Daripada Maslamah bin Maharib al-Ziyadi bahawa Mu’awiyah RA telah menulis kepada Ziyad: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang Ajam atau musuh tidak akan membantu aku mengalahkan sesuatu kaum. [Riwayat Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6325]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs