Sesungguhnya Nil mengalir dari syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن النيل يخرج من الجنة، ولو التمستم فيه حين يمج؛ لوجدتم من ورقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nil mengalir dari syurga. Jika kalian menyentuhnya di saat dia bergelora, kalian akan mendapati dedaunnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1953, hadis nombor 9783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال ﷺ: إِنَّ النِّيلَ يَخْرُجُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَلَوِ الْتَمَسْتُمْ فِيهِ حِينَ يَمُجُّ؛ لَوَجَدْتُمْ مِنْ وَرَقِهَا.
[أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (7108)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Nil mengalir dari syurga. Jika kalian menyentuhnya di saat dia bergelora, kalian akan mendapati dedaunnya.
[Riwayat Abu Sheikh dalam al-‘Uzmah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7108]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs