Sesungguhnya neraka Jahannam itu ada satu pintu yang tidak akan dimasuki

TEKS BAHASA ARAB

إن لجهنم بابا لا يدخله إلا من شفى غيظه في معصية الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya neraka Jahannam itu ada satu pintu yang tidak akan dimasuki kecuali oleh seorang yang telah hilang kemarahannya daripada perbuatan maksiat kepada Allah azza wa jalla.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis nombor 10099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: إن لجهنم باباً لا يدخله إلا من شفى غيظه في معصية الله عز وجل.
[البزار، فر، ((الضعيفة)) (3187)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya neraka Jahannam itu ada satu pintu yang tidak akan dimasuki kecuali oleh seorang yang telah hilang kemarahannya daripada perbuatan maksiat kepada Allah azza wa jalla.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnad dan al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3187]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs