Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لِجَهنمَ بابًا لا يَدخُلُه إلا مَنْ شَفَى غيظَه في معصيةِ اللهِ عَزَّ وجَلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya neraka Jahannam itu ada satu pintu yang tidak akan dimasuki kecuali oleh seorang yang telah hilang kemarahannya daripada perbuatan maksiat kepada Allah azza wa jalla.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis no. 10099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: إن لجهنم باباً لا يدخله إلا من شفى غيظه في معصية الله عز وجل. [البزار، فر، ((الضعيفة)) (3187)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya neraka Jahannam itu ada satu pintu yang tidak akan dimasuki kecuali oleh seorang yang telah hilang kemarahannya daripada perbuatan maksiat kepada Allah azza wa jalla. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnad dan al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3187]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman