Sesungguhnya neraka Jahanam ketika penghuninya memasukinya, neraka akan memeluk mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن جهنم لما سيق إليها أهلها؛ تلقتهم [بعنق]؛ ‌فلفحتهم لفحة، فلم تدع لحما على عظم إلا ألقته على العرقوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya neraka Jahanam ketika penghuninya memasukinya, neraka akan memeluk mereka. Maka mereka dibakar dengan kepanasan, lalu tidak tinggal sedikit pun daging yang tersisa di atas tulang kecuali ia jatuh ke atas tulang kaki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 673, hadis nombor 3468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن جهنم لما سيق إليها أهلها؛ تلقتهم [بعنق]؛ ‌فلفحتهم لفحة، فلم تدع لحماً على عظم إلا ألقته على العرقوب)). [طس، البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (5302)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya neraka Jahanam ketika penghuninya memasukinya, neraka akan memeluk mereka. Maka mereka dibakar dengan kepanasan, lalu tidak tinggal sedikit pun daging yang tersisa di atas tulang kecuali ia jatuh ke atas tulang kaki. [Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ, al-Baihaqī dalam al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5302]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.