Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya neraka Jahanam ketika penghuninya memasukinya, neraka akan memeluk mereka

Teks Bahasa Arab

إنَّ جهنمَ لما سيق إليها أهلُها؛ تلقَّتهم [بعنق]؛ فلفحتْهم لفحةً، فلم تدعْ لحمًا على عظم إلا ألقتْه على العرقوبِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya neraka Jahanam ketika penghuninya memasukinya, neraka akan memeluk mereka. Maka mereka dibakar dengan kepanasan, lalu tidak tinggal sedikit pun daging yang tersisa di atas tulang kecuali ia jatuh ke atas tulang kaki.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 673, hadis no. 3468. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن جهنم لما سيق إليها أهلها؛ تلقتهم [بعنق]؛ ‌فلفحتهم لفحة، فلم تدع لحماً على عظم إلا ألقته على العرقوب)). [طس، البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (5302)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya neraka Jahanam ketika penghuninya memasukinya, neraka akan memeluk mereka. Maka mereka dibakar dengan kepanasan, lalu tidak tinggal sedikit pun daging yang tersisa di atas tulang kecuali ia jatuh ke atas tulang kaki. [Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ, al-Baihaqī dalam al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5302]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.