Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Nabi SAW sering makan dengan menggunakan keseluruhan tapak tangan Baginda

Teks Bahasa Arab

إِنَّ النَّبِيَّ كَانَ يَأْكُلُ بِكَفِّهِ كلِّهَا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Nabi SAW sering makan dengan menggunakan keseluruhan tapak tangan Baginda.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1090, hadis no. 5540. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم الحجاج بنت محمد بن مسلم قالت: كان أبي يأكل بكفه، فقلت: لو أكلت بثلاث أصابع؟ قال: إن النبي صلى الله عليه وسلم كان يأكلُ بكفِّهِ كلِّها. [عق، الضعيفة (6225)].

(Munkar) Daripada Ummu al-Hajjaj binti Muhammad bin Muslim, beliau berkata: Ayahku seringkali makan dengan tapak tangannya. Aku pun bertanya: Jika saya makan dengan tiga jari? Beliau menjawab: Sesungguhnya Nabi SAW sering makan dengan menggunakan keseluruhan tapak tangan Baginda. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu‘afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6225].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.