TEKS BAHASA ARAB
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ عُثْمَانَ بن مَظْعُونٍ عَلَى خَدِّهِ بَعْدَمَا مَاتَ، وَلا نعْلَمُ قَبَّلَ أَحَداً غَيْرَهُ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Nabi SAW mencium pipi Uthman Bin Maz’un setelah dia mati dan kami tidak pernah tahu Nabi mencium orang lain selainnya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1765, hadis nombor 8883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة بنت قدامة بن مظعون: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ عُثْمَانَ بن مَظْعُونٍ عَلَى خَدِّهِ بَعْدَمَا مَاتَ، وَلا نعْلَمُ قَبَّلَ أَحَداً غَيْرَهُ. [طب، ((الضعيفة)) (6010)].
(Munkar)
Daripada Aisyah Binti Qudamah Bin Maz’un RA: Sesungguhnya Nabi SAW mencium pipi Uthman Bin Maz’un setelah dia mati dan kami tidak pernah tahu Nabi mencium orang lain selainnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6010].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.