Sesungguhnya Nabi SAW membuatkan burung merpati terbang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنه كان صلى الله عليه وسلم يطير الحمام.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Nabi SAW menerbangkan (melepaskan) burung merpati.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 174, hadis nombor 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب وهو من وضع أبي البختري وهب بن وهب في قصة وقعت له مع الرشيد.

Al-Khatib meriwayatkan hadith ini dan ia adalah dari rekaan Abu al-Bakhtari Wahab bin Wahab di dalam kisah beliau bersama ar-Rasyid.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs