TEKS BAHASA ARAB
كان يأكل بكفه كلها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Nabi SAW memakan dengan tapak tangan baginda secara keseluruhannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis nombor 1239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم الحجاج بنت محمد بن مسلم، قالت: كان أبي يأكل بكفه؛ فقلت: لو أكلت بثلاث أصابع؟ قال: إن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((كان يأكل بكفه كلها)). [عق، ((الضعيفة)) (6225)]
(Munkar)
Daripada Ummu al-Hajjaj binti Muhammad bin Muslim beliau berkata: Bapaku memakan dengan tapak tangannya. Lalu aku berkata: Bukankan lebih baik jika kamu makan dengan tiga jari? Beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW memakan dengan tapak tangan baginda secara keseluruhannya.
[Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6225]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.