Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يأكُلُ بِكفِّهِ كلِّها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Nabi SAW memakan dengan tapak tangan baginda secara keseluruhannya.
Sahabat Perawi
- Ummu al-Hajjaj binti Muhammad bin Muslim
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis no. 1239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم الحجاج بنت محمد بن مسلم، قالت: كان أبي يأكل بكفه؛ فقلت: لو أكلت بثلاث أصابع؟ قال: إن النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((كان يأكل بكفه كلها)). [عق، ((الضعيفة)) (6225)]
(Munkar) Daripada Ummu al-Hajjaj binti Muhammad bin Muslim beliau berkata: Bapaku memakan dengan tapak tangannya. Lalu aku berkata: Bukankan lebih baik jika kamu makan dengan tiga jari? Beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW memakan dengan tapak tangan baginda secara keseluruhannya. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6225]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman