Sesungguhnya Nabi SAW memakan anggur yang dibuang bijinya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يأكل العنب خرطا.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Nabi SAW memakan anggur yang dibuang bijinya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 160, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن العباس مرفوعا وفي إسناده: حسين بن قيس ليس بشيء ورجل آخر يقال له: كادح كذاب.
ورواه العقيلي عن ابن عباس قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل العنب خرطا قال العقيلي: لا أصل له وداود بن عبد الجبار الكوفي ليس بشيء.
قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني من هذا الطريق وأخرجه البيهقي في الشعب من الطريقين ثم قال: ليس فيه إسناد قوي قلت: ليس هذا بنافع.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada al-Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan pada sanadnya terdapat Husain Bin Qais yang dihukumkan sebagai laysa bi syai’, dan terdapat seorang lelaki lain yang digelar pendusta.
Al-’Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Abbas, beliau berkata: Aku melihat Rasullullah SAW memakan buah anggur yang dibuang bijinya. Al-’Uqaili berkata: Hadith ini tidak ada asalnya dari Nabi SAW dan perawi bernama Daud Bin Abdul Jabbar al-Kufi dihukumkan sebagai laysa bi syai’.
Al-Suyuthi menyebutkan dalam kitab al-La’ali’: Al-Tabarani meriwayatkan dari jalan ini dan Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syu'ab dari dua jalan, kemudian al-Baihaqi berkata: Tiada padanya sanad yang kuat, dan aku (al-shawkani) berkata: Ia tidak mendatangkan manfaat.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon