Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Nabi SAW memakan anggur yang dibuang bijinya

Teks Bahasa Arab

حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يأكل العنب خرطا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Nabi SAW memakan anggur yang dibuang bijinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. al-'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 160, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن العباس مرفوعا وفي إسناده: حسين بن قيس ليس بشيء ورجل آخر يقال له: كادح كذاب. ورواه العقيلي عن ابن عباس قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل العنب خرطا قال العقيلي: لا أصل له وداود بن عبد الجبار الكوفي ليس بشيء. قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني من هذا الطريق وأخرجه البيهقي في الشعب من الطريقين ثم قال: ليس فيه إسناد قوي قلت: ليس هذا بنافع.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada al-Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan pada sanadnya terdapat Husain Bin Qais yang dihukumkan sebagai laysa bi syai’, dan terdapat seorang lelaki lain yang digelar pendusta. Al-’Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Abbas, beliau berkata: Aku melihat Rasullullah SAW memakan buah anggur yang dibuang bijinya. Al-’Uqaili berkata: Hadith ini tidak ada asalnya dari Nabi SAW dan perawi bernama Daud Bin Abdul Jabbar al-Kufi dihukumkan sebagai laysa bi syai’. Al-Suyuthi menyebutkan dalam kitab al-La’ali’: Al-Tabarani meriwayatkan dari jalan ini dan Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syu'ab dari dua jalan, kemudian al-Baihaqi berkata: Tiada padanya sanad yang kuat, dan aku (al-shawkani) berkata: Ia tidak mendatangkan manfaat.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.