Sesungguhnya Nabi SAW melarang duduk di atas kubur dengan tujuan membuang air kecil atau besar

TEKS BAHASA ARAB

إنما نهى النبي – صلى الله عليه وسلم – عن الجلوس على القبور لبولٍ أو غائطٍ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi SAW melarang duduk di atas kubur dengan tujuan membuang air kecil atau besar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1757, hadis nombor 8847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة أن زيد ابن ثابت قال: "إنما نهى النبي – صلى الله عليه وسلم – عن الجلوس على القبور لبولٍ أو غائطٍ".

(Munkar)
Daripada Abu Umamah RA, sesungguhnya Zaid bin Thabit berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang duduk di atas kubur dengan tujuan membuang air kecil atau besar."
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5781].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs