Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّما نَهى النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ عنِ الجلوسِ على القبورِ لبولٍ أو غائطٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Nabi SAW melarang duduk di atas kubur dengan tujuan membuang air kecil atau besar.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1757, hadis no. 8847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة أن زيد ابن ثابت قال: "إنما نهى النبي - صلى الله عليه وسلم - عن الجلوس على القبور لبولٍ أو غائطٍ".
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, sesungguhnya Zaid bin Thabit berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang duduk di atas kubur dengan tujuan membuang air kecil atau besar." [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5781].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman