Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنَّ النبي - صلى الله عليه وسلم - كُفِّنَ في ثَوْبَيْنِ سَحُولِيَّيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Nabi SAW dikafankan dengan dua helai baju kapas.
Sahabat Perawi
- Fadhl bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1155, hadis no. 5842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الفضل بن العباس رضي الله عنهما: أن النبي صلى الله عليه وسلم كفن في ثوبين سحوليين. [حب، الضعيفة (5844)]
(Munkar) Daripada Fadhl bin Abbas RA: Sesungguhnya Nabi SAW dikafankan dengan dua helai baju kapas. [Riwayat Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5844]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman