Sesungguhnya Nabi SAW berpuasa sepanjang bulan Syaaban

TEKS BAHASA ARAB

كان يصوم شعبان كله. قالت عائشة: يا رسول الله أحب الشهور إليك أن تصوم شعبان؟ قال: إن الله يكتب على كل نفس منيته تلك السنة فأحب أن يأتيني أجلي وأنا صائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi SAW berpuasa sepanjang bulan Syaaban. ‘Aishah pun bertanya: Wahai Rasulullah, adakah Syaaban merupakan bulan yang paling kamu suka untuk berpuasa? Baginda SAW menjawab: Sesungguhnya Allah akan mencatatkan ajal setiap orang pada tahun tersebut, dan saya gemar jika ajal saya datang dalam keadaan saya berpuasa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1067, hadis nombor 5444. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان يصوم شعبان كله. قالت عائشة: يا رسول الله أحب الشهور إليك أن تصوم شعبان؟ قال: إن الله يكتب على كل نفس منيته تلك السنة فأحب أن يأتيني أجلي وأنا صائم. [ع، الضعيفة (5086)]

(Munkar): Daripada ‘Aishah RA, beliau menceritakan: Sesungguhnya Nabi SAW berpuasa sepanjang bulan Syaaban. ‘Aishah pun bertanya: Wahai Rasulullah, adakah Syaaban merupakan bulan yang paling kamu suka untuk berpuasa? Baginda SAW menjawab: Sesungguhnya Allah akan mencatatkan ajal setiap orang pada tahun tersebut, dan saya gemar jika ajal saya datang dalam keadaan saya berpuasa. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5086)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs