Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Nabi SAW berpuasa pada hari Asyura

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم - يَصُومُ عاشوراء ويَأْمُرُ بِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Nabi SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan (orang Islam) untuk berpuasa pada hari tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1142, hadis no. 5775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - يصوم عاشوراء ويأمر به. [عم، البزار، الضعيفة (4275)]

(Sangat Lemah) Daripada Ali RA berkata: Sesungguhnya Nabi SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan (orang Islam) untuk berpuasa pada hari tersebut.[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4275]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.