Sesungguhnya Nabi SAW berdiri di sisi kubur

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي ﷺ قام على قبر عثمان بن مظعون وأمر فرش عليه الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi SAW berdiri di sisi kubur Uthman Bin Maz’un, lalu memerintahkan seseorang untuk merenjis air ke atas kubur tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1932, hadis nombor 9693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ رضي الله قال: أن النبي ﷺ قَامَ عَلَى قَبْرِ عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ، وَأَمَرَ فَرُشَّ عليه الْمَاءُ.
[((الضعيفة)) (6443)]

(Lemah)
Daripada Amir Bin Rabi’ah RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW berdiri di sisi kubur Uthman Bin Maz’un, lalu memerintahkan seseorang untuk merenjis air ke atas kubur tersebut.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6443]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs