Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Nabi SAW apabila berasa dukacita baginda akan menggenggam janggutnya

Teks Bahasa Arab

كان إذا اهتمَّ قبضَ علَى لحيتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Nabi SAW apabila berasa dukacita baginda akan menggenggam janggutnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 175, hadis no. 889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((كان إذا اهتم قبض على لحيته)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، تمام الرازي، ((الضعيفة)) (707)]

(Daif) Daripada ‘A’isyah - Raḍiyallāhu ‘anha - secara Marfu’: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila berasa dukacita baginda akan menggenggam janggutnya.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu‘afa’, Tammam dan al-Razi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 707]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.