Sesungguhnya Nabi Musa bin ‘Imran telah melintasi seorang lelaki yang sedang menggeletar

TEKS BAHASA ARAB

إن موسى بن عمران مر برجل، وهو يضطرب، فقام يدعو له أن يعافيه، فقيل له: يا موسى! إنه ليس الذي يصيبه خبط من إبليس، ولكنه جوع نفسه لي فهو الذي ترى، إني أنظر إليه كل يوم مرات أتعجب من طاعته لي، فمره، فليدع لك فإن له عندي كل يوم دعوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi Musa bin ‘Imran telah melintasi seorang lelaki yang sedang menggeletar, lalu baginda berdiri mendoakannya agar dia diberi kesembuhan. Lantas difirmankan kepada baginda: "Wahai Musa! Sesungguhnya bukanlah yang menimpa lelaki itu gangguan daripada iblis, akan tetapi dia membuatkan dirinya lapar demi Aku, itulah dia yang kamu lihat. Sesungguhnya Aku melihat kepadanya beberapa kali pada setiap hari dalam keadaan Aku merasa kagum dengan ketaatannya kepada-Ku. Maka kamu perintahkanlah dia supaya dia mendoakan kamu kerana sesungguhnya dia mempunyai satu doa (yang makbul) di sisi-Ku pada setiap hari".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 384-385, hadis nombor 2035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «إن موسى بن عمران مر برجل، وهو يضطرب، فقام يدعو له أن يعافيه، فقيل له: يا موسى! إنه ليس الذي يصيبه خبط من إبليس، ولكنه جوع نفسه لي فهو الذي ترى، إني أنظر إليه كل يوم مرات أتعجب من طاعته لي، فمره، فليدع لك فإن له عندي كل يوم دعوة». [ طب، حل، «الضعيفة» (317)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Nabi Musa bin ‘Imran telah melintasi seorang lelaki yang sedang menggeletar, lalu baginda berdiri mendoakannya agar dia diberi kesembuhan. Lantas difirmankan kepada baginda: "Wahai Musa! Sesungguhnya bukanlah yang menimpa lelaki itu gangguan daripada iblis, akan tetapi dia membuatkan dirinya lapar demi Aku, itulah dia yang kamu lihat. Sesungguhnya Aku melihat kepadanya beberapa kali pada setiap hari dalam keadaan Aku merasa kagum dengan ketaatannya kepada-Ku. Maka kamu perintahkanlah dia supaya dia mendoakan kamu kerana sesungguhnya dia mempunyai satu doa (yang makbul) di sisi-Ku pada setiap hari". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah. Lihat: Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 317].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs