Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ موسَى بنَ عمرانَ مرَّ برجُلٍ، وَهوَ يَضطربُ، فقامَ يدعو لهُ أن يعافيَهُ، فقيلَ لهُ: يا موسَى! إنَّهُ ليسَ الَّذي يصيبُهُ خَبطٌ مِن إبليسَ، ولَكِنَّهُ جوَّعَ نفسَهُ لي فَهوَ الَّذي ترى، إنِّي أنظرُ إليهِ كلَّ يومٍ مرَّاتٍ أتعجَّبُ مِن طاعتِهِ لي، فمُرهُ، فليَدع لَكَ فإنَّ لهُ عندي كلَّ يومٍ دَعوةً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Nabi Musa bin ‘Imran telah melintasi seorang lelaki yang sedang menggeletar, lalu baginda berdiri mendoakannya agar dia diberi kesembuhan. Lantas difirmankan kepada baginda: "Wahai Musa! Sesungguhnya bukanlah yang menimpa lelaki itu gangguan daripada iblis, akan tetapi dia membuatkan dirinya lapar demi Aku, itulah dia yang kamu lihat. Sesungguhnya Aku melihat kepadanya beberapa kali pada setiap hari dalam keadaan Aku merasa kagum dengan ketaatannya kepada-Ku. Maka kamu perintahkanlah dia supaya dia mendoakan kamu kerana sesungguhnya dia mempunyai satu doa (yang makbul) di sisi-Ku pada setiap hari".
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 384-385, hadis no. 2035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «إن موسى بن عمران مر برجل، وهو يضطرب، فقام يدعو له أن يعافيه، فقيل له: يا موسى! إنه ليس الذي يصيبه خبط من إبليس، ولكنه جوع نفسه لي فهو الذي ترى، إني أنظر إليه كل يوم مرات أتعجب من طاعته لي، فمره، فليدع لك فإن له عندي كل يوم دعوة». [ طب، حل، «الضعيفة» (317)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Nabi Musa bin ‘Imran telah melintasi seorang lelaki yang sedang menggeletar, lalu baginda berdiri mendoakannya agar dia diberi kesembuhan. Lantas difirmankan kepada baginda: "Wahai Musa! Sesungguhnya bukanlah yang menimpa lelaki itu gangguan daripada iblis, akan tetapi dia membuatkan dirinya lapar demi Aku, itulah dia yang kamu lihat. Sesungguhnya Aku melihat kepadanya beberapa kali pada setiap hari dalam keadaan Aku merasa kagum dengan ketaatannya kepada-Ku. Maka kamu perintahkanlah dia supaya dia mendoakan kamu kerana sesungguhnya dia mempunyai satu doa (yang makbul) di sisi-Ku pada setiap hari". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah. Lihat: Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 317].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman