TEKS BAHASA ARAB
كان – صلى الله عليه وسلم – يكتحل كل ليلة، ويحتجم كل شهر، ويشرب الدواء كل سنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bercelakpada setiap malam, dan berbekam pada setiap bulan, dan minum ubat pada setiap tahun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis nombor 5975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يكتحل كل ليلة، ويحتجم كل شهر، ويشرب الدواء كل سنة)). [عد، ((الضعيفة)) (4286)]
(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA telah berkata: Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berbekam pada setiap malam, dan berbekam pada setiap bulan, dan minum ubat pada setiap tahun.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4286]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.