Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن داود النبي قال: إلهي! ما لعبادك عليك إذا هم زاروك في بيتك؟ قال: إن لكل زائر على المزور حقاً؛ يا داود! إن لهم علي أن عافيهم في الدنيا، وأغفر لهم إذا لقيتهم
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Nabi Dawud berkata: Wahai Tuhanku! Apa yang akan Engkau berikan kepada hamba-Mu jika mereka menziarahi-Mu di rumah-Mu? Tuhannya berkata: Sesungguhnya bagi setiap penziarah adanya hak ke atas yang diziarahi. Wahai Dawud! Sesungguhnya untuk mereka, aku akan memberi mereka keselamatan di dunia dan mengampuni mereka jika aku bertemu mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1693, hadis no. 8537. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman