Sesungguhnya Nabi Daud AS berkata: Wahai Tuhanku! Apakah hak bagi hamba-hamba-Mu sekiranya mereka mengunjungi-Mu di rumah-Mu?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن داود النبي قال: إلهي! ما لعبادك عليك إذا هم زاروك في بيتك؟ قال: إن لكل زائر على المزور حقا؛ يا داود! إن لهم علي أن أعافيهم في الدنيا، وأغفر لهم إذا لقيتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi Daud AS berkata: Wahai Tuhanku! Apakah hak bagi hamba-hamba-Mu sekiranya mereka mengunjungi-Mu di rumah-Mu? Allah SWT menjawab: Sesungguhnya bagi setiap orang yang berkunjung mempunyai hak atas orang yang dikunjunginya.. Wahai Daud! Sesungguhnya Aku akan meyelamatkan mereka di dunia dan mengampunkan dosa mereka ketika Aku bertemu dengan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis nombor 7663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعاً: إن داود النبي قال: إلهي! ما لعبادك عليك إذا هم زاروك في بيتك؟ قال: إن لكل زائر على المزور حقاً؛ يا داود! إن لهم علي أن أعافيهم في الدنيا، وأغفر لهم إذا لقيتهم. [طس، (الضعيفة)) (5094)].

(Daif) Daripada Abu Dzar RA secara marfu’: Sesungguhnya Nabi Daud AS berkata: Wahai Tuhanku! Apakah hak bagi hamba-hamba-Mu sekiranya mereka mengunjungi-Mu di rumah-Mu? Allah SWT menjawab: Sesungguhnya bagi setiap orang yang berkunjung mempunyai hak atas orang yang dikunjunginya.. Wahai Daud! Sesungguhnya Aku akan meyelamatkan mereka di dunia dan mengampunkan dosa mereka ketika Aku bertemu dengan mereka. [al-Tabarani dalam al-Awsat, Silsilah al-Da’ifah (5094)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.