Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ دَاوُدَ النَّبِيَّ قَالَ: إِلَهِي! مَا لِعِبَادِكَ عَلَيْكَ إِذَا هُمْ زَارُوكَ فِي بَيْتِكَ؟ قَالَ: إِنَّ لِكُلِّ زَائِرٍ عَلَى المَزْورِ حَقًّا؛ يَا دَاوُدُ! إِنَّ لَهُمْ عَلَيَّ أَنَّ أُعَافِيَهُمْ فِي الدُّنْيَا، وَأَغْفِرَ لَهُمْ إِذَا لَقِيتُهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Nabi Daud AS berkata: Wahai Tuhanku! Apakah hak bagi hamba-hamba-Mu sekiranya mereka mengunjungi-Mu di rumah-Mu? Allah SWT menjawab: Sesungguhnya bagi setiap orang yang berkunjung mempunyai hak atas orang yang dikunjunginya.. Wahai Daud! Sesungguhnya Aku akan meyelamatkan mereka di dunia dan mengampunkan dosa mereka ketika Aku bertemu dengan mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis no. 7663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعاً: إن داود النبي قال: إلهي! ما لعبادك عليك إذا هم زاروك في بيتك؟ قال: إن لكل زائر على المزور حقاً؛ يا داود! إن لهم علي أن أعافيهم في الدنيا، وأغفر لهم إذا لقيتهم. [طس، (الضعيفة)) (5094)].
(Daif) Daripada Abu Dzar RA secara marfu’: Sesungguhnya Nabi Daud AS berkata: Wahai Tuhanku! Apakah hak bagi hamba-hamba-Mu sekiranya mereka mengunjungi-Mu di rumah-Mu? Allah SWT menjawab: Sesungguhnya bagi setiap orang yang berkunjung mempunyai hak atas orang yang dikunjunginya.. Wahai Daud! Sesungguhnya Aku akan meyelamatkan mereka di dunia dan mengampunkan dosa mereka ketika Aku bertemu dengan mereka. [al-Tabarani dalam al-Awsat, Silsilah al-Da’ifah (5094)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman