Sesungguhnya Nabi Adam telah mendatangi Baitullah sebanyak seribu kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن آدم أتى البيت ألف أتية – لم يركب قط فيهن – من الهند على رجليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi Adam telah mendatangi Baitullah sebanyak seribu kali namun baginda tidak pernah menaiki kenderaan. Semuanya dengan berjalan kaki dari India.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 748, hadis nombor 3831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «إن آدم أتى البيت ألف أتية – لم يركب قط فيهن – من الهند على رجليه».
[ابن خزيمة، «الضعيفة» (5092)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Nabi Adam telah mendatangi Baitullah sebanyak seribu kali namun baginda tidak pernah menaiki kenderaan. Semuanya dengan berjalan kaki dari India.
[Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5092].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.