Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Nabi Adam telah mendatangi Baitullah sebanyak seribu kali

Teks Bahasa Arab

إنَّ آدمَ أتى البيتَ ألفَ أتيةٍ - لم يركب قطُّ فيهنَّ - من الهندِ على رجلَيه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Nabi Adam telah mendatangi Baitullah sebanyak seribu kali namun baginda tidak pernah menaiki kenderaan. Semuanya dengan berjalan kaki dari India.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 748, hadis no. 3831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «إن آدم أتى البيت ألف أتية - لم يركب قط فيهن - من الهند على رجليه». [ابن خزيمة، «الضعيفة» (5092)].

(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Nabi Adam telah mendatangi Baitullah sebanyak seribu kali namun baginda tidak pernah menaiki kenderaan. Semuanya dengan berjalan kaki dari India. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5092].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.