Sesungguhnya Nabi Adam AS ketika Allah SWT menurunkan baginda ke bumi, para malaikat pun berkata

TEKS BAHASA ARAB

إن آدم صلى الله عليه وسلم لما أهبطه الله تعالى إلى الأرض قالت الملائكة: أي رب {أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء، ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك؟ قال: إني أعلم ما لا تعلمون} قالوا: ربنا نحن أطوع لك من بني آدم، قال الله تعالى للملائكة: هلموا ملكين من الملائكة، حتى يهبط بهما الأرض، فننظر كيف يعملان؟ قالوا: ربنا! هاروت وماروت، فأهبطا إلى الأرض، ومثلت لهما الزهرة امرأة من أحسن البشر فجاءتهما فسألاها نفسها فقالت: لا والله حتى تكلما بهذه الكلمة من الإشراك، فقالا: والله لا نشرك بالله، فذهبت عنهما ثم رجعت بصبي تحمله فسألاها نفسها قالت: لا والله حتى تقتلا هذا الصبي، فقالا: والله لا نقتله أبدا، فذهبت ثم رجعت بقدح خمر، فسألاها نفسها، قالت: لا والله حتى تشربا هذا الخمر، فشربا فسكرا، فوقعا عليها، وقتلا الصبى، فلما أفاقا، قالت المرأة: والله ما تركتما شيئا مما أبيتما علي إلا قد فعلتما حين سكرتما، فخيرا بين عذاب الدنيا والآخرة، فاختارا عذاب الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi Adam AS ketika Allah SWT menurunkan baginda ke bumi, para malaikat pun berkata: "Wahai Tuhan! {Apakah Engkau jadikan di sana (bumi) orang-orang yang suka berbuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami selalu memuji-muji-Mu dan mensucikan-Mu}". Dia (Allah) berkata: {Aku Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui}. [al-Baqarah: 30] Para malaikat berkata: "Wahai Tuhan! Kami adalah makhluk yang lebih taat kepada-Mu daripada anak cucu Adam". Allah berkata kepada para malaikat: "Bawakan kepada-Ku dua malaikat untuk Aku turunkan ke bumi. Kita akan perhatikan apa yang akan mereka berdua lakukan". Para malaikat mengajukan: "Wahai Tuhan! (Hantarkanlah) Harut dan Marut". Lalu Allah turunkanlah mereka berdua ke bumi. Setibanya di bumi, diciptakan buat mereka berdua secantik-cantik wanita dari kalangan manusia yang bernama Zuhrah. Datanglah mereka berdua kepadanya bertanya tentang dirinya (iaitu: mahukan dirinya). Wanita itu menolak: "Demi Allah! Aku tidak mahu sehingga kamu mengucapkan kalimat ini (yang mengandungi kesyirikan)!", maka kedua malaikat itu mengatakan : "Demi Allah! kami tidak ingin berbuat syirik kepada Allah sampai bila-bila!". Pergilah wanita cantik itu meninggalkan mereka kemudian datang kepada mereka dengan membawa anak kecil. Mereka kembali bertanya kepadanya tentang dirinya, dia tetap mengatakan : "Demi Allah! Aku tidak akan menyerahkan diriku hingga kamu membunuh anak kecil ini!". Keduanya menolak: "Demi Allah! kami tidak akan membunuh sesiapa pun!". Wanita itu pun pergi meninggalkan mereka, lalu datang kembali dengan membawakan sebekas arak. Keduanya bertanya lagi kepadanya tentang dirinya: Dia berkata: “Tidak, demi Allah! Sehingga kamu berdua meminum arak ini!” Maka keduanya pun meminum arak itu sehingga mabuk, Kemudian keduanya menggauli perempuan itu dan membunuh bayi. Ketika keduanya sedar, wanita itu berkata, “Demi Allah! Sungguh kamu berdua telah meninggalkan sesuatu yang telah kamu tolak kecuali kamu melakukannya di saat kamu mabuk. Kedua mereka itu diberikan pilihan di antara azab dunia dan akhirat, maka keduanya memilih azab dunia

STATUS

Batil Marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1654, hadis nombor 8349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل مرفوعا) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- أنه سمع نبي الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((إن آدم -عليه وسلم- لما أهبطه الله تعالى إلى الأرض قالت الملائكة: أي رب {أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء، ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك؟ قال: إني أعلم ما لا تعلمون} قالوا: "ربنا نحن أطوع لك من بني آدم"، قال الله تعالى للملائكة: "هلموا ملكين من الملائكة، حتى يهبط بهما الأرض، فننظر كيف يعملان؟" قالوا: "ربنا! هاروت وماروت"، فأهبطا إلى الأرض، ومثلت لهما الزهرة امرأة من أحسن البشر فجاءتهما فسألاها نفسها فقالت: "لا والله حتى تكلما بهذه الكلمة من الإشراك"، فقالا: "والله لا نشرك بالله"، فذهبت عنهما ثم رجعت بصبي تحمله فسألاها نفسها قالت: "لا والله حتى تقتلا هذا الصبي"، فقالا: "والله لا نقتله أبدا"، فذهبت ثم رجعت بقدح خمر، فسألاها نفسها، قالت: "لا والله حتى تشربا هذا الخمر"، فشربا فسكرا، فوقعا عليها، وقتلا الصبى، فلما أفاقا، قالت المرأة: "والله ما تركتما شيئا مما أبيتما علي إلا قد فعلتما حين سكرتما"، فخيرا بين عذاب الدنيا والآخرة، فاختارا عذاب الدنيا)). [حب، حم، البزار، عبد بن حميد، ابن أبي الدنيا في ((العقوبات))، ابن السني، ((الضعيفة)) (170)].

(Batil Marfu’)
Daripada Abdullah bin Umar RA beliau mendengar Nabi SAW bersabda : ((Sesungguhnya Nabi Adam AS ketika Allah SWT menurunkan baginda ke bumi, para malaikat pun berkata: "Wahai Tuhan! {Apakah Engkau jadikan di sana (bumi) orang-orang yang suka berbuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami selalu memuji-muji-Mu dan mensucikan-Mu}". Dia (Allah) berkata: {Aku Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui}. [al-Baqarah: 30] Para malaikat berkata: "Wahai Tuhan! Kami adalah makhluk yang lebih taat kepada-Mu daripada anak cucu Adam". Allah berkata kepada para malaikat: "Bawakan kepada-Ku dua malaikat untuk Aku turunkan ke bumi. Kita akan perhatikan apa yang akan mereka berdua lakukan". Para malaikat mengajukan: "Wahai Tuhan! (Hantarkanlah) Harut dan Marut". Lalu Allah turunkanlah mereka berdua ke bumi. Setibanya di bumi, diciptakan buat mereka berdua secantik-cantik wanita dari kalangan manusia yang bernama Zuhrah. Datanglah mereka berdua kepadanya bertanya tentang dirinya (iaitu: mahukan dirinya). Wanita itu menolak: "Demi Allah! Aku tidak mahu sehingga kamu mengucapkan kalimat ini (yang mengandungi kesyirikan)!", maka kedua malaikat itu mengatakan : "Demi Allah! kami tidak ingin berbuat syirik kepada Allah sampai bila-bila!". Pergilah wanita cantik itu meninggalkan mereka kemudian datang kepada mereka dengan membawa anak kecil. Mereka kembali bertanya kepadanya tentang dirinya, dia tetap mengatakan : "Demi Allah! Aku tidak akan menyerahkan diriku hingga kamu membunuh anak kecil ini!". Keduanya menolak: "Demi Allah! kami tidak akan membunuh sesiapa pun!". Wanita itu pun pergi meninggalkan mereka, lalu datang kembali dengan membawakan sebekas arak. Keduanya bertanya lagi kepadanya tentang dirinya: Dia berkata: “Tidak, demi Allah! Sehingga kamu berdua meminum arak ini!” Maka keduanya pun meminum arak itu sehingga mabuk, Kemudian keduanya menggauli perempuan itu dan membunuh bayi. Ketika keduanya sedar, wanita itu berkata, “Demi Allah! Sungguh kamu berdua telah meninggalkan sesuatu yang telah kamu tolak kecuali kamu melakukannya di saat kamu mabuk. Kedua mereka itu diberikan pilihan di antara azab dunia dan akhirat, maka keduanya memilih azab dunia)).
[Riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya, Ahmad dalam musnadnya, al-Bazzar, Abd bin Humaid, Ibn Abi Dunya dalam al-‘Uqubat, dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 170].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs