Sesungguhnya musuh Allah adalah Iblis

TEKS BAHASA ARAB

إن عدو الله إبليس، لما علم أن الله عز وجل، قد استجاب دعائي، وغفر لأمتي أخذ التراب فجعل يحثوه على رأسه ويدعو بالويل والثبو فأضحكني ما رأيت من جزعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya musuh Allah adalah Iblis. Apabila Iblis mengetahui bahawa Allah ‘Azzawajalla telah memakbulkan doaku dan memberikan keampunan kepada umatku, Iblis mengambil tanah lalu menaburkan tanah atas kepalanya sambil menyebut kata-kata kecelakaan dan kesengsaraan. Aku tertawa melihat kegelisahan Iblis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 80, hadis nombor 63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (5234) مختصراً جداً وابن ماجه (3013) والبخاري في الكبير (4/ 1/ 3) وعبد الله بن أحمد في زوائد المسند (4/ 14- 15) وأبو يعلى (ج 3/رقم 1578) ويعقوب بن سفيان في ((المعرفة)) (1/ 295- 296) والعقيلي في الضعفاء (4/ 10) وابن عدي في الكامل (6/2094) والبيهقي (5/ 118) من طريق عبد القاهر بن السري، ثنا عبد الله بن كنانة بن عباس بن مرداس السلمي، أن أباه أخبره عن أبيه أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا لأمته عشية عرفة بالمغفرة، فأجيب: إني قد غفرت لهم، ما خلا الظالم، فإني آخذ للمظلوم منه. قال: أي رب إن شئت أعطيت المظلوم من الجنة، وغفرت للظالم فلم يجب عشيته. فلما أصبح بالمزدلفة أعاد الدعاء، فأجيب إلى ما سأل. قال: فضحك النبي صلى الله عليه وسلم أو قال: تبسم، فقال له أبو بكر وعمر: بأبي أنت وأمي إن هذه لساعة ما كنت تضحك فيها فما الذي أضحكك أضحك الله سنك قال فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف. عبد الله بن كنانة، وأبوه مجهولان كما في التقريب. بل قال ابن حبان في المجروحين (2/ 229) : كنانة بن العباس يروى عن أبيه، روى عنه ابنه منكر الحديث جداً، فلا أدري الخليط في حديثه منه أو من ابنه ومن أيهما فهوَ ساقط الاحتجاج بما روى، لعظيم ما أتى من المناكير عن المشاهير. قلْتُ: هول ابن حبان في حق الرجل فإن كنانة مقل الحديث جداً، وكذلك ابنه، وقول ابن حبان لعظيم ما أتى من المناكير عن المشاهير يدل على أنه مكثر الرواية، والواقع غير ذلكَ، ولم يسبق ابن حبان حديثاً واحداً يؤيد دعواه. ومع ذلكَ فقد وثقه. فانظر إلى هذا الخلط وقال البخاري: لم يصح حديثه. بعني كنانة. ويقصد حديثه هذا. وقال ابن عدي: وعبد القاهر بن السري لم يحدث بهذا الحديث غيره. ولعبد القاهر غير هذا يسير. قلت: وعبد القاهر، وثقه ابن شاهين، وقال ابن معين: صالح. وضعفه يعقوب بن سفيان بذكره في باب من يرغب عن الرواية عنهم. وعلى كل حال، فهو أحسن حالاً من عبد الله وأبيه وجملة القول: أن الحديث ضعيف. والله أعلم.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud (5234) dengan sangat ringkas, Ibn Majah (3013), al-Bukhari dalam al-Kabir (4/1/3), Abd Allah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad (4/14-15), Abu Ya’la (juz 3/hadith : 1578), Ya’qub bin Sufyan dalam al-Ma’rifah (1/295-296), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (4/10), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2094) dan al-Baihaqi (5/118) melalui sanad ‘Abd al-Qahir al-Sarri, katanya Abd Allah bin Kinanah bin ‘Abbas bin Mirdas al-Sulami telah menceritakan kepada kami : Bahawa ayahnya telah khabarkan kepadanya daripada ayahnya bahawa Nabi SAW berdoa kepada umat Baginda SAW pada petang ‘Arafah agar diberikan keampunan, lalu Allah berfirman: "Sesungguhnya aku telah berikan keampunan kepada mereka, kecuali orang yang zalim dan aku memberikan kepada orang yang dizalimi’. Baginda SAW pun bersabda: "Ya Allah! Jika Kamu mahu, Kamu boleh memberikan syurga kepada orang yang dizalimi dan memberikan keampunan kepada orang yang zalim". Allah tidak membalas pada petang itu. Apabila masuk waktu pagi di Muzdalifah, Baginda SAW ulangi doa tersebut, lalu Allah menerima doa yang Baginda SAW minta. Perawi berkata: "Nabi SAW pun ketawa atau senyum". Lalu Abu Bakr dan ‘Umar bertanya: "Demi ayah dan ibuku menjadi tebusan buatmu! Sesungguhnya saat ini engkau tertawa, apakah yang membuatkan engkau tertawa, Allah yang membuatkan engkau tertawa dengan gigi-gigimu? Baginda SAW bersabda:…..lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini dha’if. Abd Allah bin Kinananh dan ayah beliau, kedua-duanya Majhul sebagaimana dalam al-Taqrib. Bahkan, Ibn Hibban berkata dalam al-Majruhin (2/229): "Kinanah bin al-‘Abbas, beliau meriwayatkan daripada ayahnya, anaknya pula meriwayatkan daripada beliau, beliau seorang perawi sangat munkar hadithnya. Saya tidak pasti samada masalah pada hadithnya berpunca daripada beliau atau daripada anak beliau. Berpunca daripada mana-mana pun, tetap gugur kelayakan untuk berhujjah dengan riwayat beliau kerana banyaknya riwayat-riwayat munkar yang beliau riwayatkan daripada perawi-perawi yang masyhur".
Saya berkata: Ibn Hibban merasa runsing terhadap perawi tersebut. Sesungguhnya Kinanah sangat sedikit meriwayatkan hadith, begitu juga anak beliau. Kata-kata Ibn Hibban:kerana banyaknya riwayat-riwayat munkar yang beliau riwayatkan daripada perawi-perawi yang masyhur", menunjukkan seolah-olah beliau banyak meriwayatkan hadith, realitinya tidak begitu. Ibn Hibban tidak membawakan sebarang hadith untuk menguatkan dakwaan beliau. Bukan itu sahaja, Ibn Hibban turut menilainya sebagai thiqah. Lihatlah kecelaruan ini. Al-Bukhari berkata: "Tidak sahih hadithnya", iaitu hadith Kinanah, beliau maksudkan hadithnya ini. Ibn ‘Adi pula berkata: "’Abd al-Qahir bin al-Sarri, tidak ada yang meriwayatkan hadith ini selain beliau, hadith ‘Abd al-Qahir selain hadith ini hanyalah sedikit". Saya berkata: ‘Abd al-Qahir telah dinilai thiqah oleh Ibn Shahihn. Ibn Ma’in pula berkata: "Soleh". Ya’qub bin Sufyan telah menilai beliau sebagai dha’if dengan menyebutkan ‘Abd al-Qahir dalam bab: "Perawi yang tidak digemari untuk meriwayatkan daripada mereka". Apapun, ‘Abd al-Qahir lebih baik statusnya berbanding Abd Allah dan ayahnya. Kesimpulannya, hadith tersebut dha’if. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs