Sesungguhnya musafir itu dan hartanya berada dalam bahaya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن المسافر وماله على قلت – أي: خطر الهلاك -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya musafir itu dan hartanya berada dalam bahaya.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 57-58, hadis nombor 117. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي في تهذيبه: ليس هذا خبرا عن رسول الله، وإنما هو من كلام بعض السلف، وذكره ابن السكيت والجوهري أنه عن بعض الأعراب.

Al-Nawawi berkata di dalam Tahzibnya: Hadith ini bukan daripada Nabi SAW akan tetapi daripada perkataan sebahagian salaf. Ibn al-Sikkit dan al-Jawhari menyebutkan bahawa ia bersumber daripada ucapan sebahagian orang Arab.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs