Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar disucikan masjidnya untuk Harun dan keturunannya

TEKS BAHASA ARAB

إن موسىى سأل ربَّه أن يُطَهِّرَ مسجدَهُ لهارون وذرّيَّتِه، وإني سألتُ الله أن يُطَهِّرَ مسجدي لك ولذريتك من بعدك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar menyucikan masjidnya untuk Harun dan keturunannya. Dan aku pula telah memohon kepada Allah agar menyucikan masjidku untukmu (‘Ali) dan keturunan setelahmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1863, hadis nombor 9402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي: ((إن موسىى سأل ربَّه أن يُطَهِّرَ مسجدَهُ لهارون وذرّيَّتِه، وإني سألتُ الله أن يُطَهِّرَ مسجدي لك ولذريتك من بعدك)). [ابن الجوزي، (الضعيفة) (4954)]

(Palsu) Daripada Ibnu ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ali: “Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar menyucikan masjidnya untuk Harun dan keturunannya. Dan aku pula telah memohon kepada Allah agar menyucikan masjidku untukmu (‘Ali) dan keturunan setelahmu." [Riwayat Ibnu al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4954]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.