Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ موسى سأل ربَّهُ أن يطهَّرَ مسجدَهُ لهارونَ وذرِّيتهِ، وإني سألت اللهَ أن يطهرَ مسجدي لكَ ولذريتِكَ منْ بعدِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar menyucikan masjidnya untuk Harun dan keturunannya. Dan aku pula telah memohon kepada Allah agar menyucikan masjidku untukmu ('Ali) dan keturunan setelahmu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1863, hadis no. 9402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي: ((إن موسىى سأل ربَّه أن يُطَهِّرَ مسجدَهُ لهارون وذرّيَّتِه، وإني سألتُ الله أن يُطَهِّرَ مسجدي لك ولذريتك من بعدك)). [ابن الجوزي، (الضعيفة) (4954)]
(Palsu) Daripada Ibnu ‘Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ali: “Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar menyucikan masjidnya untuk Harun dan keturunannya. Dan aku pula telah memohon kepada Allah agar menyucikan masjidku untukmu ('Ali) dan keturunan setelahmu." [Riwayat Ibnu al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4954]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman