Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar disucikan masjidnya dengan Harun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بيدي فقال: ((إن موسىى سأل ربَّه أن يُطَهِّرَ مسجدَهُ بهارون، وإني سألتُ ربّي أن يُطَهِّرَ مسجدي بكَ وبذريتك)). ثم أرسل إلى أبي بكر؛ أن: "سُدَّ بابك"، فاسترجع ثم قال: سمعًا وطاعةً. فسدَّ بابه. ثم أرسل إلى عمر، ثم أرسل إلى العباس بمثل ذلك، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ما أنا سددت أبوابكم وفتحت باب علي؛ ولكن الله فتح باب علي وسد أبوابكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mengambil tanganku lalu bersabda: “Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar disucikan masjidnya dengan Harun, dan sesungguhnya aku telah memohon kepada Tuhanku agar disucikan masjidku denganmu dan keturunanmu.” Kemudian disampaikan kepada Abu Bakr mengenainya iaitu: “Sekatlah pintu kamu.” Kemudian dia mengucapkan "inna lillah wa inna ilaih raji’un" dan berkata: "Dengar dan patuh." Maka dia sekat pintunya. Kemudian disampaikan pula kepada ‘Umar, seterusnya kepada ‘Abbas (sepertimana yang disampaikan kepada Abu Bakar). Rasulullah bersabda: “Aku tidak menyekat pintu – pintu kamu dan membuka pintu ‘Ali melainkan Allah yang membuka pintu ‘Ali dan menyekat pintu kalian.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1863, hadis nombor 9401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بيدي فقال: ((إن موسىى سأل ربَّه أن يُطَهِّرَ مسجدَهُ بهارون، وإني سألتُ ربّي أن يُطَهِّرَ مسجدي بكَ وبذريتك)). ثم أرسل إلى أبي بكر؛ أن: "سُدَّ بابك"، فاسترجع ثم قال: سمعًا وطاعةً. فسدَّ بابه. ثم أرسل إلى عمر، ثم أرسل إلى العباس بمثل ذلك، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما أنا سددت أبوابكم وفتحت باب علي؛ ولكن الله فتح باب علي وسد أبوابكم)). [البزّار، ( الضعيفة) (4931)].

(Sangat lemah) Daripada ‘Ali bin Abi Thalib RA katanya: Rasulullah SAW mengambil tanganku lalu bersabda: “Sesungguhnya Musa AS telah memohon kepada Tuhannya agar disucikan masjidnya dengan Harun, dan sesungguhnya aku telah memohon kepada Tuhanku agar disucikan masjidku denganmu dan keturunanmu.” Kemudian disampaikan kepada Abu Bakr mengenainya iaitu: “Sekatlah pintu kamu.” Kemudian dia pun mengambilnya kembali dan berkata: "Dengarlah dan patuhlah. Maka sekatlah pintu kamu." Kemudian disampaikan pula kepada ‘Umar, seterusnya kepada ‘Abbas (sepertimana yang disampaikan kepada Abu Bakar). Rasulullah bersabda: “Aku tidak menyekat pintu – pintu kamu dan membuka pintu ‘Ali melainkan Allah yang membuka pintu ‘Ali dan menyekat pintu kalian.” [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4931]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.