Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن المُؤَذِّنِينَ والمُلَبِّينَ يَخرُجون من قبورِهِم؛ يُؤَذِّنُ المُؤَذِّنُ، ويُلَبِّي المُلَبِّي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya muazzin dan orang-orang yang mengucapkan talbiah akan keluar dari kubur mereka dalam keadaan muazzin melaungkan azan manakala orang yang mengucapkan talbiah akan bertalbiah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 734, hadis no. 3750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن المؤذنين والملبين يخرجون من قبورهم؛ يؤذن المؤذن، ويلبي الملبي)). [طس، ((الضعيفة)) (2276)]
(Terlalu Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya muazzin dan orang-orang yang mengucapkan talbiah akan keluar dari kubur mereka dalam keadaan muazzin melaungkan azan manakala orang yang mengucapkan talbiah akan bertalbiah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2276]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman