Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أبي إبراهيمَ – علَيهِ السَّلامُ – همَّ أن يدعوَ عليهِم – يعني: أهلَ العراقِ -، فأوحَى اللهُ تعالى إليهِ: لا تفعلْ؛ فإنِّي جعلتُ خزائنَ عِلمي فيهِم، وأسكَنتُ الرَّحمةَ في قلوبِهم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya moyang aku Ibrahim AS mahu mendoakan keburukan ke atas ahli Iraq. Lalu Allah memberikan wahyu kepada Baginda: “Jangan lakukan, sesungguhnya Aku menjadikan gedung pengetahuan-Ku pada mereka dan Aku campakkan sifat rahmat dalam hati mereka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1904, hadis no. 9564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Muaz Bin Jabal beliau berkata: Rasulullah SAW berdoa: Wahai Allah, berkatilah gantang dan cupak kami. Begitu juga Syam dan Yaman kami. Berkatilah Hijaz kami. Muaz berkata: Lalu seorang lelaki bangun menuju kepada Baginda. Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Iraq? Lalu Nabi SAW berhenti. Pada hari kedua, Nabi SAW menyebut perkara yang sama. Lalu lelaki yang sama bangun dan berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Iraq? Lantas Nabi SAW berhenti. Pada hari ketiga, lelaki yang sama bangun dan berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Iraq? Lantas Nabi SAW berhenti. Lelaki itu berpaling dalam keadaan menangis. Lalu Nabi SAW memanggil lelaki tersebut. Nabi SAW bertanya: Adakah kamu dari Iraq? Lelaki itu berkata: Ya. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya moyang aku Ibrahim AS mahu mendoakan keburukan ke atas ahli Iraq. Lalu Allah memberikan wahyu kepada Baginda: “Jangan lakukan, sesungguhnya Aku menjadikan gedung pengetahuan-Ku pada mereka dan Aku campakkan sifat rahmat dalam hati mereka. [Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5518]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman