Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Mesir akan dibuka selepas kewafatanku

Teks Bahasa Arab

إنَّه ستفتحُ مصرُ بعدي فانتجِعوا خيرَها ولا تتَّخذوها دارًا ; فإنَّهُ يساقُ إليْها أقلُّ النَّاسِ أعمارًا

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Mesir akan dibuka selepas kewafatanku. Maka ambilah kebaikan yang ada padanya dan janganlah jadikannya sebagai tempat tinggal. Sesungguhnya yang pergi mendiami Mesir itu adalah orang yang pendek umurnya.

Sahabat Perawi

  1. Rabah Bin Qasir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1016, hadis no. 5227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن رباح بن قصير رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إنه ستفتح مصر بعدي فانتجعوا خيرها ولا تتخذها دارا فإنه يساق إليها أقل الناس أعمارا. [ابن منده في الإيمان, الضعيفة (5879)]

(Sangat lemah) Daripada Rabah bin Qasir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya Mesir akan dibuka selepas kewafatanku. Maka ambilah kebaikan yang ada padanya dan janganlah jadikannya sebagai tempat tinggal. Sesungguhnya yang pergi mendiami Mesir itu adalah orang yang pendek umurnya. [Riwayat Ibn Mandah dalam al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5879]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.