Sesungguhnya mereka itu, apabila keluar daripada kubur kelak, mereka disambut – atau didatangi – dengan unta-unta putih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن عليا كان ذات يوم عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقرأ هذه الآية: {يوم نحشر المتقين إلى الرحمن وفداً} ، فقال: ما أظن (الوفد) إلا الراكب يا رسول الله! فقال النبي صلى الله عليه وسلم: والذي نفسي بيده، إنهم إذا خرجوا من قبورهم يستقبلون – أو: يؤتون – بنوق بيض لها أجنحة، عليها رحال الذهب، شرك نعالهم نور يتلألأ، كل خطوة منها مد البصر، فينتهون إلى شجرة ينبع من أصلها عينان، فيشربون من إحداهما، فتغسل ما في بطونهم من دنس، ويغتسلون من الأخرى، فلا تشعث أبشارهم، ولا أشعارهم بعدها أبدا، ويجري عليهم نضرة النعيم، فينتهون – أو: فيأتون – باب الجنة، فإذا حلقة من ياقوتة حمراء على صفائح الذهب، فيضربون بالحلقة على الصفحة، فيسمع لها طنين – يا علي! – فيبلغ كل حوراء أن زوجها قد أقبل، فتبعث قيمها، فيفتح فإذا رآه خر له – قال مسلمة: أراه قال: – ساجدا، فيقول: ارفع رأسك، إنما أنا قيمك، وكلت بأمرك، فيتبعه ويقفو أثره، فتستخف الحوراء العجلة، فتخرج من خيام الدر والياقوت حتى تعتنقه، ثم تقول: أنت حبي وأنا حبك، وأنا الخالدة التي لا أموت، وأنا الناعمة التي لا أبأس، وأنا الراضية التي لا أسخط، وأنا المقيمة التي لا أظعن، فيدخل بيتا من أسسه إلى سقفه مائة ألف ذراع بناؤه على جندل اللؤلؤ، طرائق أصفر وأحمر وأخضر، ليس منها طريقة تشاكل صاحبتها، في البيت سبعون سريرا، على كل سرير سبعون حشية، على كل حشية سبعون زوجة، على كل زوجة سبعون حلة، يرى مخ ساقها من باطن الحلل، فيقضي جماعها في مقدار ليلة من لياليكم، هذه الأنهار من تحتهم تطرد، أنهار من ماء غير آسن – قال: صاف لا كدر فيه -وأنهار من لبن لم يتغير طعمه، لم يخرج من ضروع الماشية، وأنهار من خمر لذة للشاربين، لم يعتصرها الرجال بأقدامهم، وأنهار من عسل مصفى، لم يخرج من بطون النحل، فيستجلي الثمار، فإن شاء أكل قائما، وإن شاء، قاعدا، متكئا، ثم تلا: {ودانية عليهم ظلالها وذللت قطوفها تذليلا} ، فيشتهي الطعام، فيأتيه طير أبيض – وربما قال: أخضر -، فترفع أجنحتها، فيأكل من جنوبها أي الألوان شاء، ثم تطير فتذهب، فيدخل الملك، فيقول: سلام عليكم، {تلكم الجنة أورثتموها بما كنتم تعملون} ، ولو أن شعرة من شعر الحوراء وقعت لأهل الأرض، لأضاءت الشمس معها سواد في نور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada suatu hari, Ali berada di sisi Rasulullah SAW lalu dia membaca ayat ini {Hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasukan-pasukan} (Surah Maryam: 85) lalu dia berkata: “Aku beranggapan ‘pasukan’ itu ialah penunggang, wahai Rasulullah.” Lalu Baginda SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya mereka itu, apabila keluar daripada kubur kelak, mereka disambut – atau didatangi – dengan unta-unta putih yang memiliki sayap, di atasnya ada pelana emas, pada kakinya ada cahaya berkelipan, setiap langkah mereka jaraknya sejauh mata memandang, lalu mereka akan berhenti di sebatang pokok yang dari bawahnya terpancar dua mata air. Mereka pun minum dari salah satunya, lantas bersihlah semua najis dalam perut mereka. Dan mereka mandi dari mata air kedua, lalu tidak kusut lagi diri dan rambut mereka buat selama-lamanya. Cahaya kenikmatan terpancar pada mereka lalu mereka pun berhenti – atau mereka mendatangi – pintu syurga. Tiba-tiba ada kalung daripada permata merah di atas piring emas. Mereka mengetuk kalung itu ke atas piring, lantas kedengaran bunyi desingan – wahai Ali! – Maka, tahulah para bidadari bahawa suami mereka sudah pun tiba, mereka menghantar penjaga mereka untuk membukakan pintu buatnya. Apabila dia nampak (penjaga itu), dia pun tunduk – Maslamah berkata: Saya rasa dia sebut: bersujud – lalu dikatakan. "Angkatlah kepalamu, aku hanyalah penjagamu yang ditugaskan untuk menguruskan urusanmu". Lalu dia mengekori dan mengikuti jejaknya. Para bidadari mengambil mudah ketergesaan tersebut, lalu mereka pun keluar dari khemah permata dan berlian dan memeluknya. Kemudian dia berkata, “Kamulah cintaku dan akulah cintamu. Akulah yang kekal dan tidak akan mati, akulah yang muda dan tidak akan tua, akulah yang reda dan tidak akan marah, akulah yang menetap dan tidak akan pergi ke mana-mana". Lalu dia pun masuk ke rumahnya yang (berkeluasan) dari lantai ke bumbung sebesar 100,000 hasta, ia terbina di atas batuan mutiara. Laluan-laluan merah, kuning, dan hijau, tiada satu pun laluan yang menyusahkan penghuninya. Di dalam rumah terdapat 70 katil. Di atas setiap katil terdapat 70 tilam. Di atas setiap tilam ada 70 isteri. Pada setiap isteri ada 70 pakaian hiasan yang boleh dilihat betisnya dari luar pakaian. Dia pun menyetubuhi mereka kesemuanya pada satu malam seperti malam-malam kalian ini. Sungai-sungai di bawah mereka sentiasa mengalir . Itulah sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya – dia menyebut: suci tiada keruh di dalamnya – dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, tidak keluar daripada kantung susu haiwan, sungai daripada arak yang enak untuk peminumnya, tidak diperah menggunakan kaki manusia, sungai daripada madu yang telah ditapis, tidak keluar daripada perut lebah. Buah-buahan keluar, jika dia mahu, dia makan berdiri, dan jika dia mahu, dia makan duduk bersandar ke tepi. Kemudian dia membaca: {Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya} (Surah al-Insan: 72). Setelah itu, dia mahu makan. Lantas datanglah seekor burung yang putih – boleh jadi dia menyebut: hijau – (burung itu) mengangkat sayapnya, lalu dia makan dari bahagian warna apa pun yang dia mahu. Kemudian burung itu terbang pergi. Lalu masuklah satu malaikat berkata: “Sejahtera ke atasmu.” dan dikatakan lagi kepada mereka: {Inilah syurga yang diberikan kepada kamu untuk mewarisinya disebabkan apa yang kamu telah kerjakan} (Surah az-Zukhruf: 72). Jika sehelai rambut bidadari jatuh ke kepada penduduk bumi, nescaya matahari akan bercahaya bersama titik hitam kerana cahayanya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 584, hadis nombor 3001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل، لوائح الوضع عليه ظاهرة) عن أبي معاذ البصري – رضي الله عنه -، قال: إن علياً كان ذات يوم عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقرأ هذه الآية: {يوم نحشر المتقين إلى الرحمن وفداً} ، فقال: ما أظن (الوفد) إلا الراكب يا رسول الله! فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّهُمْ إِذَا خَرَجُوا مِنْ قُبُورِهِمْ يُسْتَقْبَلُونَ – أَوْ: يُؤْتَوْنَ – بِنُوقٍ بِيضٍ لَهَا أَجْنِحَةٌ، عَلَيْهَا رِحالٌ الذَّهَبُ، شِرْكِ نِعَالِهِمْ نُورٌ يتلألأَ، كُلُّ خُطْوَةٍ مِنْهَا مَدَّ الْبَصَرِ، فَيَنْتَهُونَ إِلَى شَجَرَةٍ يَنْبُعُ مِنْ أَصْلِهَا عَيْنَانِ، فَيَشْرَبُونَ مِنْ إِحْدَاهُمَا، فَتغْسِلُ مَا فِي بُطُونِهِمْ مِنْ دَنَسٍ، وَيَغْتَسِلُونَ مِنَ الأُخْرَى، فَلا تَشْعَثُ أَبْشَارُهُمْ، وَلا أَشْعَارُهُمْ بَعْدَهَا أَبَدًا، وَيَجْرِي عَلَيْهِمْ نَضْرَةُ النَّعِيمُ، فَيَنْتَهُونَ – أَوْ: فَيَأْتُونَ – بَابَ الْجَنَّةِ، فَإِذَا حَلْقَةٌ مِنْ يَاقُوتَةٍ حَمْرَاءَ عَلَى صَفَائِحِ الذَّهَبِ، فَيَضْرِبُونَ بِالْحَلْقَةِ عَلَى الصَّفْحَةِ، فَيُسْمَعُ لَهَا طَنِينٌ – يا عليُّ! – فَيَبْلُغُ كُلَّ حَوْرَاءَ أَنَّ زَوْجَهَا قَدْ أَقْبَلَ، فَتَبْعَثَ قَيْمُهَا، فَيَفْتَحُ فَإِذَا رَآهُ خَرَّ لَهُ – قَالَ مَسْلَمَةٌ: أُرَاهُ قَالَ: -سَاجِدًا، فَيَقُولُ: ارْفَعْ رَأْسَكَ، إِنَّمَا أَنَا قَيِّمُكُ، وُكِّلْتُ بِأَمْرِكَ، فَيَتْبَعَهُ وَيَقْفُو أَثَرَهُ، فَتَسْتَخِفُ الْحَوْرَاءَ الْعَجَلَةُ، فَتَخْرُجَ مِنْ خِيَامِ الدُّرِّ وَالْيَاقُوتِ حَتَّى تَعْتَنِقَهُ، ثُمَّ تَقُولُ: أَنْتَ حِبِّي وَأَنَا حِبُّكَ، وَأَنَا الْخَالِدَةُ الَّتِي لا أَمُوتُ، وَأَنَا النَّاعِمَةُ الَّتِي لا أَبْأسُ، وَأَنَا الرَّاضِيَةُ الَّتِي لا أَسْخَطُ، وَأَنَا الْمُقِيمَةُ الَّتِي لا أَظْعَنُ، فَيَدْخُلَ بَيْتًا مِنْ أُسُسِهِ إِلَى سَقْفِهِ مِائَةُ أَلْفِ ذِرَاعٍ بَنَاؤهُ عَلَى جَنْدَلٍ اللُّؤْلُؤُ، طَرَائِقُ أَصْفَرُ وَأَحْمَرُ وَأَخْضَرُ، لَيْسَ مِنْهَا طَرِيقَةٌ تُشَاكِلُ صَاحِبَتَهَا، فِي الْبَيْتِ سَبْعُونَ سَرِيرًا، عَلَى كُلِّ سَرِيرٍ سَبْعُونَ حَشْيَةً، عَلَى كُلِّ حَشْيَةٍ سَبْعُونَ زَوْجَةٌ، عَلَى كُلِّ زَوْجَةٍ سَبْعُونَ حُلَّةً، يُرَى مُخُّ سَاقِهَا مِنْ بَاطِنِ الْحُلَلِ، فَيَقْضِي جِمَاعُهَا فِي مِقْدَارِ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِيكُمْ، هَذِهِ الأَنْهَارُ مِنْ تَحْتِهِمْ تَطَّرِدُ، أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ – قال: صاف لا كَدَر فيه -وأنهار من لبن لم يتغير طعمه، لم يخرج من ضروع الماشية، وأنهار من خمر لذة للشاربين، لم يعتصرها الرجال بأقدامهم، وأنهار من عسل مصفى، لم يخرج من بطون النحل، فيستجلي الثمار، فَإِنْ شَاءَ أَكَلَ قَائِمًا، وَإِنْ شَاءَ، قَاعِدًا، مُتَّكِئًا، ثُمَّ تَلا: {وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلالُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلاً} ، فَيَشْتَهِي الطَّعَامَ، فَيَأْتِيهِ طَيْرٌ أَبْيَضُ – وربما قَالَ: أَخْضَرُ -، فَتَرْفَعُ أَجْنِحَتَهَا، فَيَأْكُلُ مِنْ جُنُوبِهَا أَيَّ الأَلْوَانِ شَاءَ، ثُمَّ تَطِيرُ فَتَذْهَبُ، فَيَدْخُلُ الْمَلَكُ، فَيَقُولُ: سَلامٌ عَلَيْكُمْ، {تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ} ، ولو أن شعرة من شعر الحوراء وقعت لأهل الأرض، لأضاءت الشمس معها سواد في نور)). [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6724)].

(Batil, tanda kepalsuannya jelas) Daripada Abu Muadz al-Basri katanya: Pada suatu hari, Ali berada di sisi Rasulullah SAW lalu dia membaca ayat ini {Hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasukan-pasukan} (Surah Maryam: 85) lalu dia berkata: “Aku beranggapan ‘pasukan’ itu ialah penunggang, wahai Rasulullah.” Lalu Baginda SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya mereka itu, apabila keluar daripada kubur kelak, mereka disambut – atau didatangi – dengan unta-unta putih yang memiliki sayap, di atasnya ada pelana emas, pada kakinya ada cahaya berkelipan, setiap langkah mereka jaraknya sejauh mata memandang, lalu mereka akan berhenti di sebatang pokok yang dari bawahnya terpancar dua mata air. Mereka pun minum dari salah satunya, lantas bersihlah semua najis dalam perut mereka. Dan mereka mandi dari mata air kedua, lalu tidak kusut lagi diri dan rambut mereka buat selama-lamanya. Cahaya kenikmatan terpancar pada mereka lalu mereka pun berhenti – atau mereka mendatangi – pintu syurga. Tiba-tiba ada kalung daripada permata merah di atas piring emas. Mereka mengetuk kalung itu ke atas piring, lantas kedengaran bunyi desingan – wahai Ali! – Maka, tahulah para bidadari bahawa suami mereka sudah pun tiba, mereka menghantar penjaga mereka untuk membukakan pintu buatnya. Apabila dia nampak (penjaga itu), dia pun tunduk – Maslamah berkata: Saya rasa dia sebut: bersujud – lalu dikatakan. "Angkatlah kepalamu, aku hanyalah penjagamu yang ditugaskan untuk menguruskan urusanmu". Lalu dia mengekori dan mengikuti jejaknya. Para bidadari mengambil mudah ketergesaan tersebut, lalu mereka pun keluar dari khemah permata dan berlian dan memeluknya. Kemudian dia berkata, “Kamulah cintaku dan akulah cintamu. Akulah yang kekal dan tidak akan mati, akulah yang muda dan tidak akan tua, akulah yang reda dan tidak akan marah, akulah yang menetap dan tidak akan pergi ke mana-mana". Lalu dia pun masuk ke rumahnya yang (berkeluasan) dari lantai ke bumbung sebesar 100,000 hasta, ia terbina di atas batuan mutiara. Laluan-laluan merah, kuning, dan hijau, tiada satu pun laluan yang menyusahkan penghuninya. Di dalam rumah terdapat 70 katil. Di atas setiap katil terdapat 70 tilam. Di atas setiap tilam ada 70 isteri. Pada setiap isteri ada 70 pakaian hiasan yang boleh dilihat betisnya dari luar pakaian. Dia pun menyetubuhi mereka kesemuanya pada satu malam seperti malam-malam kalian ini. Sungai-sungai di bawah mereka sentiasa mengalir . Itulah sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya – dia menyebut: suci tiada keruh di dalamnya – dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, tidak keluar daripada kantung susu haiwan, sungai daripada arak yang enak untuk peminumnya, tidak diperah menggunakan kaki manusia, sungai daripada madu yang telah ditapis, tidak keluar daripada perut lebah. Buah-buahan keluar, jika dia mahu, dia makan berdiri, dan jika dia mahu, dia makan duduk bersandar ke tepi. Kemudian dia membaca: {Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya} (Surah al-Insan: 72). Setelah itu, dia mahu makan. Lantas datanglah seekor burung yang putih – boleh jadi dia menyebut: hijau – (burung itu) mengangkat sayapnya, lalu dia makan dari bahagian warna apa pun yang dia mahu. Kemudian burung itu terbang pergi. Lalu masuklah satu malaikat berkata: “Sejahtera ke atasmu.” dan dikatakan lagi kepada mereka: {Inilah syurga yang diberikan kepada kamu untuk mewarisinya disebabkan apa yang kamu telah kerjakan} (Surah az-Zukhruf: 72). Jika sehelai rambut bidadari jatuh ke kepada penduduk bumi, nescaya matahari akan bercahaya bersama titik hitam kerana cahayanya. [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6724].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.