TEKS BAHASA ARAB
إنهم كانوا مع النبي ﷺ في مسير فانتهوا إلى مضيق وحضرت الصلاة، فمطروا. السماء من فوقهم والبلة من أسفل منهم. فأذّن رسول الله ﷺ وهو على راحلته وفي رواية: فأمر المؤذّن فأذّن وأقام أو أقام بغير أذان فتقدّم على راحلته فصلى بهم، يومئ إيماء يجعل السجود أخفض من الركوع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Para sahabat pernah pergi bersama Rasulullah SAW dalam permusafiran. Apabila mereka tiba di satu kawasan, masuk waktu solat. Langit mula hujan dan tanah mula basah. Rasulullah SAW pun mula melaungkan azan di atas haiwan tunggangan baginda. Dalam riwayat lain menyebut : Baginda memerintahkan seseorang untuk melaungkan azan dan iqamah atau melaungkan iqamah tanpa azan. Kemudian Baginda pergi ke hadapan dan mengimami solat. Baginda memberikan isyarat supaya menjadikan sujud lebih rendah dari rukuk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1023, hadis nombor 5256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يعلى بن مرة رضي الله عنه قال: إنهم كانوا مع النبي ﷺ في مسير فانتهوا إلى مضيق وحضرت الصلاة فمطروا. السماء من فوقهم والبلة من أسفل منهم. فأذّن رسول الله ﷺ وهو على راحلته وفي رواية: فأمر المؤذّن فأذّن وأقام أو أقام بغير أذان فتقدّم على راحلته فصلى بهم يومئ إيماء يجعل السجود أخفض من الركوع. [ت, قط, هق, حم, الضعيفة (6434)]
(Lemah) Daripada Ya’la bin Murrah RA, beliau berkata: Para sahabat pernah pergi bersama Rasulullah SAW dalam permusafiran. Apabila mereka tiba di satu kawasan, masuk waktu solat. Langit mula hujan dan tanah mula basah. Rasulullah SAW pun mula melaungkan azan di atas haiwan tunggangan baginda. Dalam riwayat lain menyebut : Baginda memerintahkan seseorang untuk melaungkan azan dan iqamah atau melaungkan iqamah tanpa azan. Kemudian Baginda pergi ke hadapan dan mengimami solat. Baginda memberikan isyarat supaya menjadikan sujud lebih rendah dari rukuk. [Al-Tirmizi dalam Jami’ beliau, al-Daraqutni dalam Sunan beliau, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau; al-Dha’ifah, no. 6434].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.