Sesungguhnya (menyertai) satu perang di jalan Allah lebih aku sukai

TEKS BAHASA ARAB

لغزوة في سبيل الله أحب إلي من أربعين حجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya (menyertai) satu perang di jalan Allah lebih aku sukai berbanding menunaikan haji sebanyak 40 kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis nombor 5058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مكحول قال: كثر ‌المستأذنون إلى الحج في غزوة تبوك، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((لغزوة في سبيل الله أحب إلي من أربعين حجة)). [الخولاني في ((تاريخ داريا))، ((الضعيفة)) (1481)]

(Lemah) Daripada Makhul, dia berkata: Ramai orang meminta izin untuk pergi ke haji berbanding turut serta dalam peperangan Tabuk. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya (menyertai) satu perang di jalan Allah lebih aku sukai berbanding menunaikan haji sebanyak 40 kali." [Riwayat al-Khaulani dalam Tarikh Dariya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1481]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs