TEKS BAHASA ARAB
إن حقا على المؤمنين أن يتوجع بعضهم لبعض؛ كما يألم الجسد للرأس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya menjadi hak ke atas golongan yang beriman untuk berasa sakit antara satu sama lain. Sebagaimana sakitnya jasad kerana kepala (berasa sakit).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis nombor 561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن محمد بن كعب أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: إن حقا على المؤمنين أن يتوجع بعضهم لبعض؛ كما يألم الجسد للرأس.
[أبو الشيخ في ((التوبيخ))، ((الضعيفة)) (5828)]
(Lemah)
Daripada Muḥammad ibn Ka‘ab bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya menjadi hak ke atas golongan yang beriman untuk berasa sakit antara satu sama lain. Sebagaimana sakitnya jasad kerana kepala (berasa sakit).
[Riwayat oleh Abu al-Shaykh Abu Ḥayyan dalam al-Tawbikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5828]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.