Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ حَقًا على المؤمنين أَنْ يَتَوَجَّعَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ؛ كما يَأْلَمُ الجَسَدُ لِلْرَأْسِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya menjadi hak ke atas golongan yang beriman untuk berasa sakit antara satu sama lain. Sebagaimana sakitnya jasad kerana kepala (berasa sakit).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 109, hadis no. 561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن كعب أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: إن حقا على المؤمنين أن يتوجع بعضهم لبعض؛ كما يألم الجسد للرأس. [أبو الشيخ في ((التوبيخ))، ((الضعيفة)) (5828)]
(Daif) Daripada Muḥammad ibn Ka‘ab bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya menjadi hak ke atas golongan yang beriman untuk berasa sakit antara satu sama lain. Sebagaimana sakitnya jasad kerana kepala (berasa sakit). [Riwayat oleh Abu al-Shaykh Abu Ḥayyan dalam al-Tawbikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5828]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman